Akaun wakafpenapisair.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Selamat Datang



Selamat datang ke PROJEK WAKAF PENAPIS AIR untuk MASJID, MADRASAH DAN PUSAT JAGAAN.

Saad ibn Ubadah r.a berkata;

“ Ya Rasulullah, ibuku Ummu Saad telah meninggal dunia, apakah amal jariah yang terbaik bagi pihaknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Air.”

Maka Saad pun membina sebuah perigi dan berkata, ”Inilah untuk ibuku Ummu Saad."


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang Rasulullah SAW telah bersabda:

“Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.”


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pertubuhan Al Usrah Jannah (PPM-0190514022018) menjalankan projek wakaf penapis air untuk kegunaan masjid, madrasah dan pusat jagaan.

Air merupakan keperluan utama kehidupan. Oleh itu Islam meletakkan banyak kebaikan kepada seseorang yang dapat memberikan air minuman. Kisah seorang wanita yang memberikan air minuman kepada seekor anjing yang kehausan dan dijanjikan dengan ganjaran syurga seharusnya menjadi motivasi untuk berinfaq. Malah lebih utama lagi apabila setiap sumbangan wakaf bagi projek penapis air mendapat ganjaran pahala secara berterusan.

Para pewakaf boleh rebut peluang ini untuk bersama menjayakan projek wakaf ini sekaligus memberikan air minuman yang bersih dan sihat untuk kegunaan masyarakat.

Bayangkan para musafir, para pejuang ilmu, ahli ibadah dan sesiapa sahaja yang minum menghilangkan dahaga disetiap titisan air itu besarnya ganjaran pahala dari Allah S. W. T. Hanya Allah S. W. T sahaja sebaik-baik pemberi kurnia atas rezeki yang anda wakafkan ini.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Barang siapa membina sebuah telaga lalu di minum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat”
(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Majah).

Maklumat penapis air yang akan diwakafkan


Model : COWAY CORE
Kapasiti : 21 liter, 3 suhu (panas, sejuk, suhu bilik)
Harga : RM4330.00 / unit
Sasaran : 10 unit
Kekerapan servis dan sanitasi produk : setiap 2 bulan
Warranty produk : 1+1 tahun

Konsep wakaf ini adalah dengan cara "kumpul dana". 

Anda boleh berwakaf semampu anda atau mengikut pecahan bahagian seperti di bawah : 

1 bahagian RM433 

**cukup 10 bahagian = 1 penapis air akan di wakafkan


Sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp saya di talian 013-243 2345, atau melalui email amiril5105@gmail.com

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dan semoga dirahmati Allah S. W. T selalu.

Wassalam..

Cara Bantuan

1. Isi butiran dan jumlah bayaran terus di link ini -  KLIK DISINI UNTUK TERUS MEMBUAT BAYARAN WAKAF

2. Whatsapp butiran bayaran (resit/transaksi) kepada Amiril - 013 243 2345 untuk tujuan rekod (link WhatsApp, Serahan resit klik sini )

3. Pewakaf akan dimasukan dalam 1 group whatsapp "WAKAF TUNAI" untuk dimaklumkan semasa ke semasa aktiviti, informasi, jumlah sumbangan dan tempat harta wakaf diserahkan.

4. Maklumat pewakaf adalah dirahsiakan, melainkan jika diminta untuk diberitahu kepada umum


Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”
(HR. Muslim)

Lanjut, Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]